Saturday 21 March 2015

Kem KRS di Taiping, Perak dan Gopeng, Perak.

Assalamualaikum,

                  Woah! Dah lama sangat aku tak update blog ni. Kemain beria aku nak update blog ni tahun lepas, tup tup tahun ni (2015) baru update. Maaflah, tahun lepas busy dengan pt3. Tahun ni? In Shaa Allah aku cuba update kisah yang lain.
     
                 Update aku kali ni tentang perkhemahan KRS SMK Dharma buat kali terakhir. Kenapa kali terakhir? Sebab aku akan berpindah ke sekolah lain iaitu SMK Petaling. Lagipun sekolah SMK Dharma sampai ting 3 je. So, kena lah pindah bila nak masuk form  kan?
 
                Kem kali ni selama 2 hari 1 malam iaitu pada tarikh 27/05/2014 - 28/05/2014. Hari pertama, kitorang pergi ke Makam Ngah Ibrahim yang terletak di Taiping, Perak. Selepas itu, kitorang pergi Sungai Sepetang. Masa sampai dekat situ, kitorang masuk tempat Pokok Paya Bakau. Lepas tu, ada satu pakcik ni, dia bagi kitorang semua satu anak pokok paya bakau. Dia suruh kitorang tanam, supaya nanti tak pupus lah pokok baya bakau. Selepas tanam, masa untuk umat Islam tunaikan kewajiban dia sebagai seorang Muslim.Selesai semua orang solat, kitorang pergi lah dekat tempat yang kena naik boat. First boat, budak perempuan kecuali Farah&Eika. Lepastu ada lah sorang pakcik yang bawa boat kitorang. Dia cakap lah, dulu penduduk dekat situ ada tangkap satu burung Helang besar, dorang potong kepala Helang tu, badan helang tu aku tak tau lah dia cakap apa kan, Kitorang pun beria lah dengar cerita tu, tetiba dia cakap dorang ada gantung kepala helang tu, pastu dia pun tunjuk lah 'Kepala Helang' tu dekat kitorang. Kepala helang tu dorang letak dekat bumbung hotel atau rumah (i'm not very sure about that). Aku pun pandang lah 'kepala helang' tu, masa tu kan aku rasa macam nak tolak je pakcik tu masuk sungai. Rupanya 'kepala helang' tu cuma patung je. Adehh pakcik, lawak pakcik tak hambar lah. Kitorang pun gelak terpaksa je mampu lol. Seterusnya, pergi ke satu tempat dan tempat tu aku tak ingat nama dia. Okey lah kan, dah penat jejalan, kitorang pun cari kedai makan. Cikgu-cikgu aku sedap je makan Mee Udang. Aku dengan kawan-kawan minum air je mampu. Makanan tu kena bayar sendiri okey sebab tu kitorang tak makan. Mahal lor. Bila tiba waktu malam, kitorang semua lapar gila, walaupun dalam bas semua makan keropak jajan je. Lepas tu, bas berhenti dekat satu gerai makan ni. Kawan aku kata, gerai tempat kitorang makan macam misteri. Apa yang tak misterinya, kau nak pergi tandas pun kena orang temankan. Sebab tandas tu dekat luar kedai, bukan dalam kedai. Adehh. Aku recommend kan, jangan cari kedai makan tepi jalan yang sunyi. Cari kedai makan yang ramai orang. Selesai makan, kitorang pun balik homestay dekat Gopeng, Perak. Homestay dia boleh lah, rasa macam rumah kampung. Akukan budak yang hyper active, aku berlari pilih bilik.Lepas dah pilih bilik, aku pun nak lah usha ruang tamu ataskan, nak keluar bilik pun hyper semacam, tup tup jatuh depan bilik. Adehh, kawan aku gelak je lol Nasib baik aku pilih bilik cepat sebab bilik ada 2 je. Satu bilik cikgu siap ada tandas, satu lagi bilik biasa. Dalam bilik tu aku, eika, farah, kirthana & lavaanya. Yang lain, tidur dekat ruang tamu atas. Budak lelaki tidur bawah, separuh tidur bilik, separuh tidur ruang tamu bawah.

                   Hari kedua. Pagi yang cerah, kini sudah terang ~ ewah. Eika kejut aku pukul 4.30 pagi, aku tak tau apa masalah dia kejut aku awal-awal. Bila aku tanya dia asal kejut aku awal, dia kata nanti nak mandi senang. Tak payah berebut. Nasib baik alasan dia aku terima. Thank you Eika. Dah bangun tu kan, usha ah budak perempuan kat ruang tamu atas, ada yang dah bangun ada yang masih tidur. Tak apa lah dorang penatkan. Bila tak tau nak buat apa, aku turun lah bawa, duduk dekat meja makan. Ada budak lelaki yang tak tidur, ada yang tengah tidur. Kau bayangkan, pukul 4.30 pagi, siapa je nak bangun seawal tu. Aku pun borak lah dengan budak lelaki. Lepas dah beborak semua, aku pun naik atas ambik barang untuk mandi. Pergh, air dia sejuk gila. Lepas dah mandi, siap semua kemas barang. Turun bawah balik, siap bawa biskut untuk sarapan ringan dulu. Bila dah bosan duduk dapur, pergi lah ruang tamu, masa tu dah pukul 7 pagi hari pun dah cerah. Nasib baik tv dekat homestay ada astro, apa lagikan, semua yang dah bangun tengok tv walaupun tak ada cerita yang menarik. Bila cikgu dah bangun, cikgu bagi sarapan roti coklat/vanila dengan air kosong. Semua dah sarapan, sesi bergambar kenangan dekat depan homestay. Lepas tu, masa untuk bergerak ke kedai makan untuk makan sarapan yang berat sikit. Okey jap, pahal banyak sangat aku sarapan ni. Habis makan semua, kita bergerak ke Gua Tempurung! Yeay! dia punya excited tu hahah, Bila dalam gua tu memang best, syok, siap ada kasut yang tertanggal tapak semuanya lah! Lepas dah keluar dari gua, semua keluar ambik baju kering dalam bas dan pergi ke tandas untuk mandi dan tukar baju. Tapi siapa yang lambat tukar baju tu kan, memang kesian lah. Sebab tetiba hujan. Okey serius hujan kebat gila! Ada yang sempat makan maggie dekat kedai runcit luar gua. Bila semua dah naik bas, kitorang pun bergerak lah ke Kuala Lumpur. Tapi sebelum tu, kitorang ada berhenti dekat RnR mana entah. Kitorang pergi makan, solat dan semuanya lah. Siapa je tak lapar lepas keluar dari Gua kan. Lepas  tu baru kitorang semula ke Kuala Lumpur. Bye Taiping&Gopeng!



                                                                  HARI PERTAMA

Makam Ngah Ibrahim.
















HARI KEDUA


Gua Tempurung.



                                                              By Nur Khalisyah

Friday 1 November 2013

Kem KRS di Desa Rimba, Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang.

Assalamualaikum.


        Pertama sekali, aku nak minta maaf sebab tak update pasal Kem ni. Mesti bosankan tengok gambar je? Aku pun bosan juga tengok gambar yang sama. Hahaha. Khalisyah, please. Tak lawak pun --' Aku tak update pasal Kem ni sebab selepas beberapa hari balik dari Kem tu, aku ada exam akhir tahun. So, mesti lah aku sibuk dengan ulangkaji je. Okey, itu semua dusta palsu. Hahaha. Aku cuma ulangkaji apa yang aku boleh ingat je.

   
Khalisyah oh Khalisyah, dah jauh kau merapu tu. Meh sambung cerita kau dekat Kem.

     
           Ni yang aku nak habaq mai, aku minta maaf sekali lagi. Sebenarnya, aku tak berapa nak ingat cerita aku dekat Kem tu. Kalau nak tau cerita pasal kem ni, kau pergi lawat blog senior aku ni http://missaqila.blogspot.com/2013_11_01_archive.html

                 

Kabus di awal pagi. Sejuk betul ~.~

Sekolah rendah dari Shah Alam tengah
buat senaman pagi.

Sempat bergambar dengan senior.

Serious aku cakap, penat weh naik tangga. Tinggi
gila --' Tolong jangan pakai selipar licin. Kang kau jatuh
sakit punggung :p Hahah.

Ini lah keadaan di atas selepas naik tangga yang tinggi
tu --' 

Kitorang naik rock climbing je.
Tak naik pun dalam gambar ni :p

Ini kawasan tempat kami menunggu sebelum mulakan
night walk didalam hutan. Best gila!


Senior berposing ~.~

Sebelum mulakan aktiviti halangan, rendam kaki dulu.
Rehatkan diri.

W/ anak cikgu. Aku lupa nama dia lah --'

W/ Kirthana anak cikgu ~.~

Sesi bergambar bersama senior untuk kali terakhir :'(

Nak tahu apa dalam khemah kitorang? Ni lah. 
Minta maaf yaa, bersepah sikit. Heheh

Serious aku cakap, aku tak nak 
naik jambatan gantung ni lagi!

Dah puas baca cerita pasal kem ni? Okey, bagus. 

Aku bagi satu cadangan. Apa kata korang ajak cikgu korang pergi berkhemah dekat kem ni.
Serious aku cakap, tempat ni best (Y) Kalau berminat, sila lawati laman web ini  http://www.dusuneco.com/eng/profile.html

Aku ada satu rahsia. Rahsia ni aku dengan Kirthana je tahu. Nak tahu apa? Kami berdua 
terjumpa Angsa. Tiada sorang pun tahu. Kecuali orang yang tengah makan dekat kedai makan atas tu.
Teringin nak jumpa Angsa tu? Cari sendiri. Kalau aku explain, bukan korang faham pun kan? -.- Lebih baik korang cari sendiri.

#TakeANote Kepada pengguna Masix, dekat sana ada line. 
Pandai-pandai lah korang cari line.

Sampai sini je lah cerita aku pasal kem ni. 



                  Sincerely,
               Nur Khalisyah.